Duci Aquitaine
Duci Aquitaine

Duci Aquitaine

Duci Aquitaine (Occitan: Ducat d'Aquitània, Bahasa Perancis: Duché d'Aquitaine, IPA: [dy.ʃe da.ki.tɛn]) adalah bekas sebuah kerajaan raja feudal yang terletak di barat, tengah dan selatan kawasan yang kini merupakan negara Perancis sehingga ke selatan Sungai Loire. Walau bagaimanapun, kewujudan dan namanya, turun naik sepanjang beberapa kurun, pada zaman yang kini terdiri daripada kawasan barat daya Perancis (Gascony) dan tengah Perancis.Ia bermula pada kurun ke-7 sebagai sebuah duchy di bawah kekuasaan Francia, akhirnya pengasasan sebuah wilayah empayar Rom yang dikenali sebagai Aquitania Prima dan Secunda. Sebagai sebuah duci, ia berpecah selepas penaklukan duci Aquitaine merdeka di Waifer, menjadi sebuah kerajaan beraja kecil di dalam empayar Caroling, akhirnya dimasukkan ke dalam Francia Barat selepas pembahagian Verdun pada tahun 843. Ia muncul semula sebagai sebuah duci, dan pada Zaman Pertengahan Akhir, wilayah Aquitaine yang besar ini memberi kesetiaan kepada dinasti Angevin, yang juga merupakan pemerintah di England. Tuntutan mereka di Perancis mencetus Perang Seratus Tahun, yang mana memberi kejayaan kepada kerajaan beraja Perancis pada tahun 1450-an, dan banyak kawasan-kawasan dimasukkan terus di dalam kekuasaan raja-raja Perancis.

Duci Aquitaine

Status Fief dari Francia (602 – akhir kurun ke-7), duci merdeka (berselang-seli akhir kurun ke-7 – 769)
Ibu kota Francia
Pemerintahan Kerajaan feudal
• 1422–1453 Henry IV dari Aquitaine
• 1137–1204 Eleanor dari Aquitaine
Agama Kristian
• 1058–1086 William VIII dari Aquitaine
Bahasa lazim Medieval Latin
Old Occitan
Era sejarah Zaman Pertengahan
Hari ini sebahagian daripada  Perancis
• 1126–1137 William X
• Diilhak oleh Kerajaan beraja Perancis Diilhak oleh Kerajaan beraja Perancis
Duke Aquitaine  
• 860–866 Ranulf I dari Aquitaine
• Duke dilantik oleh raja-raja CarolingDuke dilantik oleh raja-raja Caroling 602